TEKS BAHASA ARAB
الحجر في الأرض يمين الله – عز وجل -، فمن مسح يده على الحجر فقد بايع الله عز وجل ألا يعصيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hajar al-Aswad di bumi adalah (seperti) tangan kanan Allah Azza Wa Jalla, sesiapa yang menyapu tangannya ke atas Hajarul Aswad maka dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melakukan maksiat kepada-Nya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis nombor 3774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحجر في الأرض يمين الله – عز وجل -، فمن مسح يده على الحجر فقد بايع الله عز وجل ألا يعصيه)). [أبو محمد القاري في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (2685)]
(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hajar al-Aswad di bumi adalah (seperti) tangan kanan Allah Azza Wa Jalla, sesiapa yang menyapu tangannya ke atas Hajarul Aswad maka dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melakukan maksiat kepada-Nya.
[Riwayat Abu Muhammad al-Qari dalam al-Hadis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2685]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.