Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحجَرُ في الأرضِ يمينُ اللَّهِ - عزَّ وجلَّ -، فمن مسحَ يدَهُ علَى الحجرِ، فقد بايعَ اللَهَ، عزَّ وجلَّ ألَّا يعصيَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hajar al-Aswad di bumi adalah (seperti) tangan kanan Allah Azza Wa Jalla, sesiapa yang menyapu tangannya ke atas Hajarul Aswad maka dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melakukan maksiat kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis no. 3774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحجر في الأرض يمين الله - عز وجل -، فمن مسح يده على الحجر فقد بايع الله عز وجل ألا يعصيه)). [أبو محمد القاري في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (2685)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hajar al-Aswad di bumi adalah (seperti) tangan kanan Allah Azza Wa Jalla, sesiapa yang menyapu tangannya ke atas Hajarul Aswad maka dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melakukan maksiat kepada-Nya. [Riwayat Abu Muhammad al-Qari dalam al-Hadis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2685]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman