Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَفِيظَةُ رَمَضَانَ وَهِيَ لَا آلاءَ إِلا آلاؤُكَ يَا اللَّهُ إِنَّكَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ مُحِيطٌ بِهِ عِلْمُكَ وَبِالْحَقِّ أَنْزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Hafizah (penjaga) Ramadhan adalah (ucapan) 'Tidak ada nikmat melainkan nikmatMu, ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar dan maha mengetahui. IlmuMu meliputi semuanya, juga Kami turunkan al-Quran dengan sebenar-benarnya dan al-Quran diturunkan dengan membawa kebenaran.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 33, hadis no. 118. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فهذه اشتهر بمكة واليمن والمغرب أنها حفيظة رمضان تحفظ من السرق والغرق والحرق وسائر الآفات وتكتب في آخر جمعة منه جمهورهم يكتبونها والخطيب يخطب وبعضهم بعد صلاة العصر وهي بدعة لا أصل لها وإن وقعت في كلام بعض الأكابر وأشعر كلام بعضهم أنها وردت في خبر أو أثر ضعيف وممن أنكرها القمولي وقال إنها من البدع المنكرة وكان ابن حجر ينكرها جدا حتى وهو على المنبر في أثناء الخطبة حين يرى من يكتبها.
Ucapan ini masyhur di Makkah, Yaman, dan Maghribi bahawa ia penjaga Ramadhan yang memelihara daripada kecurian, tenggelam, kebakaran dan segala kecuaian. Ditulis pada akhir Jumaat bulan Ramadhan, majoriti mereka menulisnya, khatib mengucapkannya dan sebahagian mereka (membacanya) selepas solat Asar. Ia satu bid'ah yang tidak ada asalnya sekalipun terdapat dalam ucapan sebahagian tokoh-tokoh besar. Ucapan sebahagian mereka yang paling masyhur adalah: "Ia warid dalam hadith atau athar yang da'if". Antara yang mengingkarinya adalah al-Qumuli, beliau berkata: "Ia termasuk bid'ah yang munkar", Ibn Hajar turut sangat mengingkarinya hinggakan sewaktu beliau berada di atas mimbar saat berkhutbah ketika beliau melihat ada orang yang menulisnya.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman