TEKS BAHASA ARAB
حفظ الغلام كالوسمة في الحجر، وفي رواية: كالنقش في الحجر، وحفظ الرجل بعدما كبر ككتاب على الماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hafalan ketika kanak-kanak seperti menanda pada batu, – dalam riwayat lain: seperti mengukir pada batu -, manakala hafalan orang dewasa sesudah tua seperti menulis atas permukaan air.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1256, hadis nombor 6418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: حفظ الغلام كالوسمة في الحجر، وفي رواية: كالنقش في الحجر، وحفظ الرجل بعدما كبر ككتاب على الماء.
[الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، فر، ((الضعيفة)) (2591)].
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hafalan ketika kanak-kanak seperti menanda pada batu, – dalam riwayat lain: seperti mengukir pada batu -, manakala hafalan orang dewasa sesudah tua seperti menulis atas permukaan air.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2591]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.