Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hafalan ketika kanak-kanak seperti menanda pada batu

Teks Bahasa Arab

حِفْظُ الغلامِ كالوسْمةِ في الحجرِ، وفي رواية: كالنقش في الحجَرِ، وحفظُ الرجلِ بعدما كبِرَ ككتابٍ على الماءِ.

Teks Bahasa Melayu

Hafalan ketika kanak-kanak seperti menanda pada batu, - dalam riwayat lain: seperti mengukir pada batu -, manakala hafalan orang dewasa sesudah tua seperti menulis atas permukaan air.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1256, hadis no. 6418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: حفظ الغلام كالوسمة في الحجر، وفي رواية: كالنقش في الحجر، وحفظ الرجل بعدما كبر ككتاب على الماء. [الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، فر، ((الضعيفة)) (2591)].

(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Hafalan ketika kanak-kanak seperti menanda pada batu, - dalam riwayat lain: seperti mengukir pada batu -, manakala hafalan orang dewasa sesudah tua seperti menulis atas permukaan air. [Riwayat al-Khatib dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2591]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.