Hafal 40 hadis termasuk sunnah akan diberikan syafaat kepadanya pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من حفظ على أمتي أربعين حديثا من السنة، كنت له شفيعا يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa dalam kalangan umatku yang menghafal 40 hadis yang termasuk sunnah, aku akan memberikan syafaat kepadanya pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1280, hadis nombor 6556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: من حفظ على أمتي أربعين حديثاً من السنة، كنت له شفيعاً يوم القيامة.
[الحسن بن سفيان في ((الأربعين))، نصر المقدسي في ((أربعينه))، تمام، عد، الصاعدي في ((الأربعين))، الخطيب في ((شرف أصحاب الحديث))، القشيري في ((أربعينه))، ابن عبد البر في ((الجامع))، القاسم بن عساكر في ((الأربعين البلدانية))، محمد بن طولون في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (4589)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa dalam kalangan umatku yang menghafal 40 hadis yang termasuk sunnah, aku akan memberikan syafaat kepadanya pada hari kiamat.
[Riwayat al-Hasan bin Sufyan dalam al-Arba’in, Nasr al-Maqdisi dalam Arba’in beliau, Tammam, Ibn ‘Adi, al-Sa’idi dalam al-Arba’in, al-Khatib dalam Sharf Ashab al-Hadith, al-Qushairi dalam Arba’in beliau, Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Jami’, al-Qasim bin ‘Asakir dalam al-Arba’in al-Baldaniyyah dan Muhammad bin Talun dalam al-Arba’in. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4589]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs