Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ حفظ على أمتي أربعينَ حديثًا منَ السنةِ، كنتُ له شفيعًا يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa dalam kalangan umatku yang menghafal 40 hadis yang termasuk sunnah, aku akan memberikan syafaat kepadanya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1280, hadis no. 6556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: من حفظ على أمتي أربعين حديثاً من السنة، كنت له شفيعاً يوم القيامة. [الحسن بن سفيان في ((الأربعين))، نصر المقدسي في ((أربعينه))، تمام، عد، الصاعدي في ((الأربعين))، الخطيب في ((شرف أصحاب الحديث))، القشيري في ((أربعينه))، ابن عبد البر في ((الجامع))، القاسم بن عساكر في ((الأربعين البلدانية))، محمد بن طولون في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (4589)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa dalam kalangan umatku yang menghafal 40 hadis yang termasuk sunnah, aku akan memberikan syafaat kepadanya pada hari kiamat. [Riwayat al-Hasan bin Sufyan dalam al-Arba'in, Nasr al-Maqdisi dalam Arba'in beliau, Tammam, Ibn 'Adi, al-Sa'idi dalam al-Arba'in, al-Khatib dalam Sharf Ashab al-Hadith, al-Qushairi dalam Arba'in beliau, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami', al-Qasim bin 'Asakir dalam al-Arba'in al-Baldaniyyah dan Muhammad bin Talun dalam al-Arba'in. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4589]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman