Terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديثُ التسبيحِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith berkenaan solat tasbih.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
al-Qazwini menyebut hadith solat tasbih diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas di dalam kitab al-Masabih. Abu al-Farj menyebut hadith tersebut mempunyai enam jalur periwayatan. Beliau (Abu al-Farj) menyatakan: Kesemuanya palsu. Kemudian aku menemukan jalur yang ketujuh di dalam kitab Syarh al-Sunnah. Maka aku tidak dapat memastikan kesahihannya. Jika ada satu jalur sahaja yang tidak palsu, maka aku akan jadikan pegangan. Jika tiada maka Ia sepertimana yang diseburkan oleh Abu al-Farj. Ibn Akhdar yang merupakan anak murid Ibn Jawzi menyebut daripada Ahmad, Yahya dan lain-lain bahawa hadith tersebut tiada asalnya. Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut bahawa hadith tersebut merupakan riwayat Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim daripada Ibn ‘Abbas. al-‘Uqaili dan yang lain berkata: Tidak ada satu hadith yang sahih tentang solat sunat tasbih. Ibn Jawzi menyebutnya di dalam kitab al-Maudu’at. Abu Sa’id al-‘Alaiy berkata: Hadith tersebut adalah sahih dan ada yang hasan. Di dalam kitab al-La’ali menyebut: Syeikh Solahuddin menjawab tentang kritikan al-Qazwini ke atas kitab al-Masabih yang mana terdapat hadith solat sunat tasbih. Beliau mengatakan hadith tersebut sahih atau hasan. Yang lain mengatakan bahawa hadith tersebut mempunyai jalur yang saling menguatkan. al-Zarkasyi berkata: Ibn Jawzi telah tersalah dalam menghukum hadith tersebut sebagai palsu. Di antara ulama yang menilainya sebagai sahih adalah al-Khatib, al-Sam’ani, Abu Musa, al-Munziri, Ibn Salah dan al-Nawawi. al-Daruqutni berkata: Hadith yang paling sahih tentang kelebihan al-Quran adalah kelebihan membaca Qul Huwallahu Ahad. Manakala hadith yang paling sahih tentang kelebihan solat adalah hadith tentang solat tasbih. al-‘Uqaili dan al-Maghribi berkata: Tiada hadith yang sahih mahupun hasan tentang solat tasbih. Yang sebenarnya, kesemua jalur periwayatannya adalah lemah. Wallahu’alam. Di dalam kitab al-Wajiz menyebut: Berkenaan solat tasbih ada hadith daripada Ibn Abbas. Di dalam sanad hadith tersebut terdapat Sadaqah Bin Yazid al-Khurasani. Beliau adalah seorang perawi yang lemah. Di dalam sanad itu juga terdapat Musa Bin Abdul ‘Aziz. Beliau adalah seorang perawi majhul. Di dalam hadith daripada Abu Rafi’ terdapat perawi yang bernama Musa Bin ‘Ubaidah. Beliau merupakan seorang perawi yang tiada kelayakan untuk meriwayatkan hadith. Aku katakan: Kebanyakan huffaz mengkritik Ibn Jawzi yang mana beliau mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu. Ibn Ma’in dan al-Nasaie menilai Musa bin Abdul Aziz sebagai perawi yang thiqah. Sebahagiannya menilai hadith tersebut sebagai sahih atau hasan. Sadaqah yang meriwayatkan hadith daripada Ibn Abbas bukanlah Sadaqah al-Khurasani bahkan beliau adalah orang lain. Beliau bukannya perawi matruk akan tetapi dinilai lemah disebabkan hafalannya. Hadith riwayat beliau boleh dijadikan sebagai mutaba’ah (riwayat sokongan). Hadith berkenaan solat tasbih diriwayatkan daripada al-fadhl Bin Abbas, Ibn Umar dan juga yang lain.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman