Tiada asalnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديثُ الصلاةِ ليلةَ الجمعةِ اثنتيْ عشرةَ ركعةً بالإخلاصِ عَشْرُ مراتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis tentang solat pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Tiada asalnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في المختصر لا يصح في صلاة الأسبوع شيء، وفي ليلة الجمعة اثنتا عشرة ركعة بالإخلاص عشر مرات باطل لا أصل له، وكذا عشر ركعات بالإخلاص والمعوذتين مرة مرة باطل، وكذا ركعتان بإذا زلزلت الأرض خمس عشرة مرة، وفي رواية خمسين مرة والكل منكر باطل، ويوم الجمعة ركعتان والأربع والثمان والاثنتا عشرة لا أصل له، وقيل الجمعة أربع ركعات بالإخلاص خمسين مرة لا أصل له.
Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut: Tidak ada hadith yang sahih tentang solat mingguan. Hadith berkenaan solat pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali adalah hadith yang batil yang tiada asalnya. Begitu juga solat sepuluh rakaat Surah al-Ikhlas dan al-Mu’awwizatain (Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekali sekali adalah hadith yang batil. Begitu juga solat dua rakaat dengan membaca Surah al-Zalzalah sebanyak 15 kali. Dalam riwayat yang lain dibaca sebanyak lima puluh kali. Kesemua riwayat tersebut adalah munkar lagi batil. Selain daripada itu, hadith berkenaan solat pada hari jumaat sebanyak dua, empat, lapan dan dua belas rakaat juga tiada asalnya. Dikatakan solat pada hari Jumaat adalah sebanyak empat rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas sebanyak lima puluh kali. Ia adalah hadith yang tiada asalnya.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman