Hadis Ali RA: Ketika aku mandikan jasad Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

حديث علي لما غسلت النبي صلى الله عليه وسلم اقتلصت مياه محاجر عينيه أي ارتفعت مياه حدقة عينيه فشربته فورثت علم الأولين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis Ali RA: Ketika aku mandikan jasad Nabi SAW, berlinang air di kelopak mata Baginda SAW -yakni air meninggi ke bebola matanya- maka aku telah meminumnya lalu aku telah mewarisi ilmu generasi awal.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 146, hadis nombor 246. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: لا يصح.

Al-Nawawi berkata: Tidak sahih.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs