TEKS BAHASA ARAB
[حديث] صلاة الرغائب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadis solat raghaib.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 74, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: – كما قال ابن تيمية – صلاة الرغائب، وهي بدعة باتفاق أئمة الدين، والحديث المروي فيها كذب بإجماع أهل المعرفة بالحديث.
Dan antaranya, seperti kata Ibnu Taimiyyah, ialah hadis solat raghaib dan ini merupakan bidaah dengan seperti yang dipersetujui oleh para imam. Manakala hadis yang diriwayatkan pula, terdapat pendustaan padanya, dengan kesepakatan ulama hadis.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.