Hadis sirah Nabi apabila baginda ingin mengingatkan sesuatu hajat yang telah dia lupa

TEKS BAHASA ARAB

كان عليه السلام إذا أشفق من الحاجة أن ينساها ربط في أصبعه خيطا ليذكرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda Nabi Muhammad sallalahhu ‘alaihi wassalam apabila dia inginkan mengingatkan sesuatu hajat yang telah dia lupa, dia akan merapatkan jari-jemarinya serta dengan menggoyangkan dua jari telunjuknya itu untuk mengingatkan perkara yang dia lupa.

STATUS

Munkar, batil dan tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 111, hadis nombor 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ شَاهِينَ: مُنْكَرٌ لَا يَصِحُّ. وَقَالَ أَبُو دَاوُدَ: هَذَا حَدِيثٌ بَاطِلٌ.

Ibnu Syahin telah berkata: Hadis ini adalah munkar dan tidak sahih. Imam Abu Daud memberikan komentar mengatakan hadis ini adalah batil.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.