TEKS BAHASA ARAB
" أنه – عليه السلام – قال لسلمان الفارسي وهو يأكل العنب: دو، دو ".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam telah berkata kepada Salman al-Farisi dan ketika baginda sedang makan anggur. (*duf, daf: 2 anggur, 2 anggur).
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 125, hadis nombor 163. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَمَعْنَاهُ: عِنَبَتَيْنِ، عِنَبَتَيْنِ. حَدِيثٌ بَاطِلٌ. قَالَهُ ابْنُ تَيْمِيَةَ.
(*duf, daf: 2 anggur, 2 anggur). Ibnu Taimiyyah telah berkata hadis ini adalah batil.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.