Hadis kelebihan mengajar al-Qur’an

TEKS BAHASA ARAB

من علم أخاه آية من كتاب الله فقد ملك رقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mengajar saudaranya satu ayat daripada al-Kitab (al-Qur’an), maka dia telah memiliki dirinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 120-121, hadis nombor 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هذا كذب ليس في شيء من كتب أهل العلم.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini adalah dusta dan tidak terdapat daripada mana-mana kitab ahli ‘ilmu.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs