Hadis kelebihan mencahayakan masjid

TEKS BAHASA ARAB

" من أسرج في مسجد سراجا لم تزل الملائكة وحملة العرش يستغفرون له ما دام في ذلك المسجد ضوء من ذلك السراج ".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mencahayakan masjid dengan sebiji lampu, malaikat dan para pendukung ‘Arasy akan sentiasa beristighfar untuknya selama mana masjid itu bercahaya dengan lampu tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 125, hadis nombor 162. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: لا أعرف له إسنادا، ولا ظهر لي أنه موضوع.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Aku tidak mengetahui isnad hadis ini dan tidak ada yang tersembunyi lagi bagi aku bahawa hadis ini adalah palsu.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.