Hadis jaminan syurga kepada yang mengenyangkan lapar ataupun menutup ‘aurat

TEKS BAHASA ARAB

من أشبع جوعة أو ستر عورة ضمنت له على الله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mengenyangkan lapar atau menutup ‘aurat maka aku berikan jaminan kepada Allah untuknya syurga.

STATUS

Tidak ditemui asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis nombor 144. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هذا اللفظ لا يعرف.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Lafaz hadis ini tidak diketahui.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs