TEKS BAHASA ARAB
الأحاديث التي تذكر في إحياء ليلة الجمعة وليلتي العيدين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadis-hadis yang disebut berkenaan menghidupkan malam Jumaat dan malam dua hari raya (iaitu hari raya Aidiladha dan hari raya Aidilfitri).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 75, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
والأحاديث التي تذكر في إحياء ليلة الجمعة وليلتي العيدين كذب.
وفي حديث: "لا تختصوا ليلة الجمعة بقيام ولا نهارها بصيام".
Hadis-hadis yang disebut berkenaan menghidupkan malam Jumaat dan malam dua hari raya (iaitu hari raya Aidiladha dan hari raya Aidilfitri) merupakan hadis yang palsu. Sedangkan terdapat hadis: "Janganlah mengkhususkan pada malam Jumaat itu dengan qiyam (bangun malam untuk melakukan solat malam) dan pada siang harinya itu dengan berpuasa".
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.