Hadis-hadis kelebihan surah-surah

TEKS BAHASA ARAB

أحاديث فضائل السور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis-hadis kelebihan surah-surah.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 78-79, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أحاديث فضائل السور المروية عن ابن عباس وأبي بن كعب، كالذي ذكره البغوي والواحدي ونحوهما. كلها كذب باتفاق أهل المعرفة بالحديث.
قال العراقي:
(وكل من أودعه كتابه … كالواحدي مخطئ صوابه)

Antaranya juga ialah: Hadis-hadis kelebihan surah-surah yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas dan Ubay bin Ka’b, sepertimana al-Baghawi, al-Wahidi, dan seumpama mereka nyatakan. Kesemua ini adalah dusta secara sepakat ilmuwan hadis.
Al-‘Iraqi telah berkata (dalam syairnya):
Dan setiap yang memuatkannya (hadis tersebut) pada kitabnya (kitab tafsir dan sebagainya),
Semisal al-Wahidi maka (pengarang itu) menyalahi kebenarannya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs