Hadis berkenaan larangan melihat kepada siapa yang berkata dan anjuran melihat kepada apa yang dikata

TEKS BAHASA ARAB

لا تنظر إلى من قال، وانظر إلى ما قال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah melihat kepada siapa yang berkata (iaitu melihat kepada insan yang berkata sesuatu perkara tersebut), akan tetapi lihatlah kepada apa yang dikata (kandungan yang telah dikatakan).

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 111, hadis nombor 113. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هُوَ مِنْ كَلامِ عَلِيٍّ.

Ini merupakan ucapan daripada Saidina ‘Ali.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs