TEKS BAHASA ARAB
من لعب بالشطرنج فهو ملعون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang bermain catur maka dia termasuk dalam kalangan orang yang telah dilaknat.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 109, hadis nombor 108. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ النَّوَوِيُّ: لَا يَصِحُّ. وَقَالَ غَيْرُهُ: لَمْ يَثْبُتْ.
Imam Nawawi telah berkata: Hadis ini adalah tidak sahih, dan imam selainnya juga berkata bahawa sesungguhnya hadis ini adalah tidak thabit daripada baginda Nabi Muhammad.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.