Hadis berkenaan kelebihan memberi makan dan menutup ‘aurat

TEKS BAHASA ARAB

أن إبراهيم عليه السلام لما بنى البيت صلى في كل ركن ألف ركعة، فأوحى الله إليه: أفضل من هذا سد جوعة وستر عورة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Ibrahim ‘alaihissalam ketika mana dia telah membina kaabah, dia telah solat sebanyak 1000 rakaat di setiap bucu, lalu Allah telah mewahyukan kepadanya dengan wahyu yang berbunyi: Yang lebih baik daripada itu adalah memberi makan (tidak membiarkan orang lain berlapar) dan menutup ‘aurat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis nombor 142. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا كَذِبٌ ظَاهِرٌ، لَيْسَ مِنْ كُتُبِ الْمُسْلِمِينَ.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini dusta secara zahir dan tidak terdapat daripada kitab-kitab orang Muslim.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs