Hadis berkenaan kaifiyah berselawat

TEKS BAHASA ARAB

إذا ذكر إبراهيم الخليل ذكرت أنا فصلوا عليه ثم صلوا علي، وإذا ذكرت أنا والأنبياء غيره فصلوا علي ثم صلوا عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila disebutkan Ibrahim adalah al-Khalil dahulu, kemudian disebutkan namaku, maka berselawat ke atas beliau (Ibrahim) kemudian berselawat ke atas aku dan apabila aku disebutkan dan para Nabi selainnya, maka berselawatlah ke atas aku kemudian berselawatlah ke atas mereka.

STATUS

Tidak ditemui asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis nombor 143. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا لَا يُعْرَفُ فِي شَيْءٍ مِنْ كُتُبِ الْحَدِيثِ.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini tidak diketahui daripada mana-mana kitab-kitab hadis.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs