Hadis ‘Auj bin ‘Unuq

TEKS BAHASA ARAB

أن طوله كان ثلاثة آلاف ذراع وثلاث مئة وثلاثة وثلاثين وثلثا وأن نوحا لما خوفه الغرق قال له احملني في قصعتك هذه وأن الطوفان لم يصل إلى كعبه وأنه خاض البحر فوصل إلى حجزته وأنه كان يأخذ الحوت من قرار البحر فيشويه في عين الشمس وأنه قلع صخرة عظيمة على قدر عسكر موسى وأراد أن يرضخهم بها فطوقها الله في عنقه مثل الطوق

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis ini mengisahkan bahawa ‘Auj bin ‘Unuq memiliki ketinggian 3333 1/13 hasta. Ketika Nabi Nuh takut tenggelam, ‘Auj bin ‘Unuq berkata: ‘Kalau begitu bawalah aku di atas mangkukmu.’ Taufan yang ditimpa kepada kaum Nabi Nuh tidak akan mencecah buku lalinya. Dikisahkan lagi dia menyelam ke dalam air laut dan ketinggian air laut hanya berada di paras pinggangnya. Selain itu, dikisahkan dia menangkap ikan daripada dasar laut kemudian dipanggang hanya di bawah matahari. Dia mencabut batu yang sangat besar sebesar askar Nabi Musa dan mahu melemparnya kepada mereka dengannya. Lantas Allah mengikat batu berkenaan pada tengkuknya seperti kalung.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 76, hadis nombor 135. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمِنْهَا: أَنْ يَكُونَ الْحَدِيثُ مِمَّا تَقُومُ الشَّوَاهِدُ الصَّحِيحَةُ عَلَى بِطْلانِهِ كَحَدِيثِ عَوْجِ بْنِ عُنُقٍ الطَّوِيلِ الَّذِي قَصَدَ واضعه الطعن في أخبار الأنبياء فإنهم يجترون عَلَى هَذِهِ الأَخْبَارِ فَإِنَّ فِي هَذَا الْحَدِيثِ “أَنَّ طُولَهُ كَانَ ثَلاثَةَ آلافِ ذِرَاعٍ وَثَلاثِ مئة وَثَلاثَةَ وَثَلاثِينَ وَثُلْثًا وَأَنَّ نُوحًا لَمَّا خَوَّفَهُ الْغَرَقُ قَالَ لَهُ احْمِلْنِي فِي قَصْعَتِكَ هَذِهِ وَأَنَّ الطُّوفَانَ لَمْ يَصِلْ إِلَى كَعْبِهِ وَأَنَّهُ خَاضَ الْبَحْرَ فَوَصَلَ إِلَى حُجْزَتِهِ وَأَنَّهُ كَانَ يَأْخُذُ الْحُوتَ مِنْ قَرَارِ الْبَحْرِ فَيَشْوِيهِ فِي عَيْنِ الشَّمْسِ وَأَنَّهُ قَلَعَ صَخْرَةً عظيمة عَلَى قَدْرِ عَسْكَرِ مُوسَى وَأَرَادَ أَنْ يَرْمِيهِمْ بِهَا فَقَوَّرَهَا اللَّهُ فِي عُنُقِهِ مِثْلَ الطَّوْقِ”!
وَلَيْسَ الْعَجَبُ مِنْ جَرَأَةِ مِثْلَ هَذَا الْكَذَّابِ عَلَى اللَّهِ إِنَّمَا الْعَجَبُ مِمَّنْ يُدْخِلُ هَذَا الْحَدِيثَ فِي كُتُبِ الْعِلْمِ مِنَ التَّفْسِيرِ وَغَيْرِهِ وَلا يُبَيِّنُ أَمْرَهُ وَهَذَا عِنْدَهُمْ لَيْسَ مِنْ ذُرِّيَةِ نُوحٍ وَقَدْ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: {وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الْبَاقِينَ} فَأَخْبَرَ أَنَّ كُلَّ مَنْ بَقَى عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ فَهُوَ مِنْ ذُرِّيَةِ نُوحٌ فَلَوْ كَانَ لِعَوْجٍ هَذَا وُجُودٌ لَمْ يَبْقَ بَعْدَ نُوحٍ. وَأَيْضًا فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ وَطُولُهُ فِي السَّمَاءِ سُتُونَ ذِرَاعًا فَلَمْ يَزَلُ الْخَلْقُ يَنْقُصُ حَتَّى الآنَ”.

Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah terdapat dalil-dalil (asy-Syawahid) yang sahih yang menunjukkan kepalsuannya. Seperti hadis ‘Auj bin ‘Unuq yang panjang huraiannya. Hadis ini direka bertujuan mencela kisah-kisah para nabi.
Hadis ini mengisahkan bahawa ‘Auj bin ‘Unuq memiliki ketinggian 3333 1/13 hasta. Ketika Nabi Nuh takut tenggelam, ‘Auj bin ‘Unuq berkata: ‘Kalau begitu bawalah aku di atas mangkukmu.’ Taufan yang ditimpa kepada kaum Nabi Nuh tidak akan mencecah buku lalinya. Dikisahkan lagi dia menyelam ke dalam air laut dan ketinggian air laut hanya berada di paras pinggangnya. Selain itu, dikisahkan dia menangkap ikan daripada dasar laut kemudian dipanggang hanya di bawah matahari. Dia mencabut batu yang sangat besar sebesar askar Nabi Musa dan mahu melemparnya kepada mereka dengannya. Lantas Allah mengikat batu berkenaan pada tengkuknya seperti kalung.
Tidak aneh jika para pendusta mencipta hadis atas nama Allah. Namun, aneh apabila hadis ini dinukilkan di dalam kitab-kitab ilmu seperti tafsir dan lain-lain tanpa penjelasan akan keadaan hadis tersebut.
Menurut ulama, ‘Uuj bin ‘Unuq bukanlah keturunan Nabi Nuh berdasarkan firman Allah,
وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ, هُمُ ٱلْبَاقِينَ (٧٧)
“Dan Kami jadikan anak keturunannya (Nabi Nuh) di dalam kalangan orang yang berbaki.”
(As-Safat: 77)
Telah disebutkan (dalam ayat di atas), setiap orang yang berbaki (selepas peristiwa bencana besar) adalah daripada keturunan Nuh. Sekiranya ‘Uuj bin ‘Unuq wujud ketika itu, sudah tentu dia telah musnah.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs