Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث عليٍّ : أنا قسيمُ النارِ يومَ القيامةِ، أقول : خذي ذا، وذَري ذا.
Teks Bahasa Melayu
Hadis Ali: Aku adalah yang menentukan masuknya seseorang ke neraka pada hari kiamat. Aku berkata: Ambillah ini dan tinggalkan ini.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis no. 3444. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-: ((حديث علي: أنا قسيم النار يوم القيامة، أقول: هذي ذا، وذري ذا)). [عق، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4924)]
(Palsu) Hadis Ali: Aku adalah yang menentukan masuknya seseorang ke neraka pada hari kiamat. Aku berkata: Ambillah ini, dan tinggalkan ini. [Riwayat al-'Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’, Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4924]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman