Hadirlah menunaikan solat Jumaat dan berusahalah mendekati imam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

احضروا الجمعة، وادنوا من الإمام، فإن الرجل ليكون من أهل الجنة فيتأخر [عن الجمعة]. فيؤخر عن الجنة وإنه لمن أهلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadirlah menunaikan solat Jumaat dan berusahalah mendekati imam. Kerana sesungguhnya seorang lelaki itu yang merupakan ahli syurga, tetapi dia lewat [menyertai solat Jumaat], maka dia dilewatkan daripada (memasuki) syurga sedangkan dia sememangnya seorang ahli syurga.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 358, hadis nombor 1904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه – مرفوعا: «احضَرُوا الجمعةَ، وادنُوا منَ الإمامِ، فإِنَّ الرجلََّ لَيكونَ مِنْ أهلِ الجنةِ فيتأخَّرُ [عنِ الجمعَةِ]. فيؤخَّرُ عنِ الجنَّةِ وإِنَّهُ لمنْ أهلِها». [طص، «الضعيفة» (1113)].

(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hadirlah menunaikan solat Jumaat dan berusahalah mendekati imam. Kerana sesungguhnya seorang lelaki itu yang merupakan ahli syurga, tetapi dia lewat [menyertai solat Jumaat], maka dia dilewatkan daripada (memasuki) syurga sedangkan dia sememangnya seorang ahli syurga". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1113].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.