Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hadir pada majlis-majlis ilmu lebih baik daripada hadir ke majlis seribu jenazah untuk mengirinya

Teks Bahasa Arab

حديث: حُضُورُ مَجَالِسِ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ حُضُورِ أَلْفِ جِنَازَةٍ يُشَيِّعُهَا _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Hadir pada majlis-majlis ilmu lebih baik daripada menghadiri majlis seribu jenazah untuk mengiringinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 276, hadis no. 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع.

Ianya palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.