Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَهَادَوُا الطعامَ بينَكم، فإنَّ ذلك تَوْسِعَةٌ في أرزاقِكم، وعاجِلُ الخَلَفِ من جَسِيمِ الثوابِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadiahkanlah makanan sesama kalian kerana ia meluaskan rezeki kalian dan menyegerakan ganjaran pahala yang besar pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis no. 2083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «تهادوا الطعام بينكم، فإن ذلك توسعة في أرزاقكم، وعاجل الخلف من جسيم الثواب يوم القيامة». [عد، «الضعيفة» (1379)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hadiahkanlah makanan sesama kalian kerana ia meluaskan rezeki kalian dan menyegerakan ganjaran pahala yang besar pada hari kiamat". Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1379].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman