Hadiah itu menghilangkan apa yang didengari (oleh telinga) dan apa yang dilihat (oleh mata)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الهدية تذهب بالسمع والبصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadiah itu menghilangkan apa yang didengari (oleh telinga) dan apa yang dilihat (oleh mata).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis nombor 1143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس- رضي الله عنه – مرفوعا: ((الهدية تذهب بالسمع والبصر)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (4744)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hadiah itu menghilangkan apa yang didengari (oleh telinga) dan apa yang dilihat (oleh mata).
[Riwayat Al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4744]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.