Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الهديةُ تذهبُ بالسمعِ والبصرِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadiah itu menghilangkan apa yang didengari (oleh telinga) dan apa yang dilihat (oleh mata).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis no. 1143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس- رضي الله عنه - مرفوعا: ((الهدية تذهب بالسمع والبصر)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (4744)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hadiah itu menghilangkan apa yang didengari (oleh telinga) dan apa yang dilihat (oleh mata). [Riwayat Al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4744]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman