Hadiah itu boleh membutakan pandangan mata seorang yang bijaksana

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الهدية تعور عين الحكيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadiah itu boleh membutakan pandangan mata seorang yang bijaksana (iaitu seseorang yang menerimanya tidak melihat pemberi hadiah tersebut melainkan dengan pandangan redha sahaja serta membutakan matanya dari pandangan benci kepada pemberi hadiah).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis nombor 1144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، رفعه: ((الهدية تعور عين الحكيم)). [فر، ((الضعيفة)) (4745)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hadiah itu boleh membutakan pandangan mata seorang yang bijaksana (iaitu seseorang yang menerimanya tidak melihat pemberi hadiah tersebut melainkan dengan pandangan redha sahaja serta membutakan matanya dari pandangan benci kepada pemberi hadiah).
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4745]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.