Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الهديةُ تعوِّرُ عينَ الحكيمِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadiah itu boleh membutakan pandangan mata seorang yang bijaksana (iaitu seseorang yang menerimanya tidak melihat pemberi hadiah tersebut melainkan dengan pandangan redha sahaja serta membutakan matanya dari pandangan benci kepada pemberi hadiah).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis no. 1144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، رفعه: ((الهدية تعور عين الحكيم)). [فر، ((الضعيفة)) (4745)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hadiah itu boleh membutakan pandangan mata seorang yang bijaksana (iaitu seseorang yang menerimanya tidak melihat pemberi hadiah tersebut melainkan dengan pandangan redha sahaja serta membutakan matanya dari pandangan benci kepada pemberi hadiah). [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4745]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman