TEKS BAHASA ARAB
تحفة المؤمن الموت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadiah bagi seseorang yang beriman ialah kematian.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis nombor 8919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تحفة المؤمن الموت)). [ك، عبد بن حميد، أبو يعلى في ((المسند الكبير))، ابن بشران في ((الأمالي))، حل، هب، القضاعي، البغوي، ابن المبارك في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (6890)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hadiah bagi seseorang yang beriman ialah kematian.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad al-Kabīr, Ibn Bushrān dalam al-Amālī, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Baghawī dalam Syarḥ al-Sunnah, Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6890]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.