Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُحْفَةُ المؤمنِ الموتُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadiah bagi seseorang yang beriman ialah kematian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis no. 8919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تحفة المؤمن الموت)). [ك، عبد بن حميد، أبو يعلى في ((المسند الكبير))، ابن بشران في ((الأمالي))، حل، هب، القضاعي، البغوي، ابن المبارك في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (6890)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hadiah bagi seseorang yang beriman ialah kematian. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad al-Kabīr, Ibn Bushrān dalam al-Amālī, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Baghawī dalam Syarḥ al-Sunnah, Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6890]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman