TEKS BAHASA ARAB
تحفة الصائم الدهن والمجمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadiah bagi orang yang berpuasa ialah minyak dan perdupaan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis nombor 5738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن بن علي بن أبي طالب -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((تحفة الصائم الدهن والمجمر)). [ت، الرزاز في ((حديثه))، طب، هب، ((الضعيفة)) (2596)]
(Palsu)
Daripada al-Hassan bin ‘Ali bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Hadiah bagi orang yang berpuasa ialah minyak dan perdupaan."
[Riwayat al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Tirmidzi, al-Razaz dalam Hadisnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2596]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.