Hadiah Allah kepada orang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

هدية الله إلى المؤمن السائل على بابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadiah Allah kepada orang mukmin, adalah (adanya orang fakir atau berkeperluan) yang meminta di hadapan pintunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis nombor 4421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((هدية الله إلى المؤمن السائل على بابه)). [تمام، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (594)].

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Hadiah Allah kepada orang mukmin, adalah (adanya orang fakir atau berkeperluan) yang meminta di hadapan pintunya.”
[Riwayat Tammam dalam al-Fawaid, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmuatihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 594].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs