Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هديَّةُ اللهِ إلى المؤمنِ السَّائلُ علَى بابِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadiah Allah kepada orang mukmin, adalah (adanya orang fakir atau berkeperluan) yang meminta di hadapan pintunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis no. 4421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Hadiah Allah kepada orang mukmin, adalah (adanya orang fakir atau berkeperluan) yang meminta di hadapan pintunya.” [Riwayat Tammam dalam al-Fawaid, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmuatihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 594].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman