TEKS BAHASA ARAB
هدية الله إلى المؤمن السائل على بابه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadiah Allah kepada orang beriman adalah wujud orang yang meminta-minta di hadapan pintunya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 77, hadis nombor 446. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad al-Balqawi, beliau seorang pemalsu hadith. Hadith tersebut mempunyai satu sanad lain di sisi Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ di bawah biografi Sa’id bin Musa al-Azdi. Al-Zahabi berkata: Ia palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.