Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hadiah Allah kepada orang beriman

Teks Bahasa Arab

هَدِيَّةُ الله إِلَى المُؤْمِنِ السَّائِلُ عَلَى بَابِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadiah Allah kepada orang beriman adalah wujud orang yang meminta-minta di hadapan pintunya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 77, hadis no. 446. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad al-Balqawi, beliau seorang pemalsu hadith. Hadith tersebut mempunyai satu sanad lain di sisi Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa' di bawah biografi Sa'id bin Musa al-Azdi. Al-Zahabi berkata: Ia palsu.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.