TEKS BAHASA ARAB
حديث: معلم الصبيان إذا لم يعدل بينهم كتب يوم القيامة مع الظلمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Guru kanak-kanak apabila tidak berlaku adil diantara mereka, pada hari kiamat akan ditetapkan bersama orang-orang yang zalim”.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 170, hadis nombor 515. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: معلم الصّبيان إِذا لم يعدل بَينهم كتب يَوْم الْقِيَامَة مَعَ الظلمَة. لَيْسَ فِي الْمَرْفُوع، بل من قَول سيد التَّابِعين مَكْحُول.
Hadith: “Guru kanak-kanak apabila tidak berlaku adil diantara mereka, pada hari kiamat akan ditetapkan bersama orang-orang yang zalim”.
Tiada asal sandarannya, akan tetapi ia daripada ucapan ketua tabi’in iaitu Makhul.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.