TEKS BAHASA ARAB
استعينوا على النساء بالعريِ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Gunalah bantuan dalam (menguruskan) para wanita dengan mengurangkan pakaian.
STATUS
Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«اسْتَعِينُوا عَلَى النِّسَاءِ بِالْعُرْيِ» فِيهِ مَتْرُوكَانِ وَفِي الْوَجِيز «اسْتَعِينُوا» من لَيْسَ بِشَيْء عَن مَتْرُوك.
“Gunalah bantuan dalam (menguruskan) para wanita dengan mengurangkan pakaian.”
Dalam sanad hadith ini terdapat dua orang perawi yang matruk.
Dalam kitab Al-Wajiz menyebut hadith ‘Bantulah wanita’ adalah hadith yang diriwayatkan daripada perawi yang tidak mempunyai kelayakan meriwayatkan hadith daripada perawi yang matruk.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.