Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سُقُوطُ الأَوْرَاقِ فِي شَعْبَانَ أَوْ لَيْلَةَ نِصْفِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Gugurnya daun-daun pada bulan Sya'ban atau malam Nisf Sya'ban.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 46, hadis no. 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Sangat masyhur, secara zahirnya ia adalah metafora bagi diputuskan ajal bagi setiap manusia tentang kematiannya pada tahun tersebut. Semakna dengan ini, terdapat hadith. Di dalam hadith menyebutkan: "Ajal akan diputuskan bermula bulan Sya'ban hingga Sya'ban hinggalah berkenaan seseorang samada dia akan berkahwin atau mendapatkan anak dan keluar namanya dalam senarai orang mati". Namun, Abu al-Shaikh telah mengeluarkan daripada Muhammad bin Juhadah bahawa beliau berkata berhubung firmanNya: وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا "Tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya". [Surah al-An'am ayat 59] Allah Tabaraka Wa Ta'ala memiliki satu pohon di bawah 'Arash, ia bukan makhluk namun ia mempunyai daun, apabila gugur daunnya, maka keluarlah rohnya daripada jasadnya. Oleh demikian firmanNya: وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا Al-Jadd berkata: "Athar ini menunjukkan bahawa daun tersebut akan gugur pada waktunya, bukannya pada malam Nisf Sya'ban".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman