Gosoklah sela-sela tubuh badan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selatlah (celahan tubuh), kerana sesungguhnya ia merupakan satu bentuk kebersihan, sedangkan kebersihan itu menjemput keimanan, manakala keimanan itu bersama pemiliknya berada di syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis nombor 2695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله: «تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة». [طس، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، الخطيب في «التلخيص»، «الضعيفة» (5277)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Selatlah (celahan tubuh), kerana sesungguhnya ia merupakan satu bentuk kebersihan, sedangkan kebersihan itu menjemput keimanan, manakala keimanan itu bersama pemiliknya berada di syurga". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, Abu Nu'aym dalam Akhbar Asbahan dan al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5277].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.