Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Gosoklah sela-sela tubuh badan

Teks Bahasa Arab

تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Gosoklah (sela-sela tubuh badan), kerana sesungguhnya ia merupakan sebuah kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada keimanan, dan keimanan itu membawa sahabatnya ke syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis no. 2695.

(موضوع) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله : «تخللواء فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة». [طس، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، الخطيب في «التلخيص، والضعيفة» (5277)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Gosoklah (sela-sela tubuh badan), kerana sesungguhnya ia merupakan sebuah kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada keimanan, dan keimanan itu membawa sahabatnya ke syurga. [Disebutkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, Abu Nu'aim dalam kitab Akhbar Asbahan, al-Khatib dalam kitab "atal-Talkhis, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5277].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.