Golongan yang paling buruk dalam kalangan umatku ialah orang yang mengambil urusan pentadbiran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شرار أمتي من يلي القضاء، إن اشتبه عليه لم يشاور، وإن أصاب بطر، وإن غضب عنف، وكاتب السوء كالعامل به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan yang paling buruk dalam kalangan umatku ialah orang yang mengambil urusan pentadbiran, sekiranya dia merasa ragu dia tidak berbincang dengan orang lain, sekiranya dia benar dia merasa bongkak, sekiranya dia marah dia akan melakukan kezaliman, dan orang yang menulis keburukan seumpama orang yang melakukannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 839, hadis nombor 4299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((شرار أمتي من يلي القضاء، إن اشتبه عليه لم يشاور، وإن أصاب بطر، وإن غضب عنف، وكاتب السوء كالعامل به)).
[فر، ((الضعيفة)) (3743)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Golongan yang paling buruk dalam kalangan umatku ialah orang yang mengambil urusan pentadbiran, sekiranya dia merasa ragu dia tidak berbincang dengan orang lain, sekiranya dia benar dia merasa bongkak, sekiranya dia marah dia akan melakukan kezaliman, dan orang yang menulis keburukan seumpama orang yang melakukannya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3743]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.