Golongan yang paling banyak menipu adalah tukang warna baju dan tukang emas

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكذب الناس ‌الصباغون والصواغون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan yang paling banyak menipu adalah tukang warna baju dan tukang emas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 589, hadis nombor 3026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة –رضي الله عنه– مرفوعا: ((أكذب الناس ‌الصباغون والصواغون)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (144)].

(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): “Golongan yang paling banyak menipu adalah tukang warna baju dan tukang emas.” [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 144].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.