Golongan yang paling awal mendapat syafaatku dari kalangan umatku ialah ahli bait

TEKS BAHASA ARAB

أول من أشفع له من أمتي أهل بيتي ، ثم الأقرب فالأقرب ، ثم الأنصار ، ثم من آمن بي واتبعني ، ثم اليمن ، ثم سائر العرب : ثم الأعاجم ، ومن أشفع له أولا أفضل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan yang paling awal mendapat syafaatku dari kalangan umatku ialah ahli bait. Kemudian yang paling dekat dan yang paling dekat. Kemudian golongan Ansar. Kemudian sesiapa yang beriman dan mengikuti aku. Kemudian orang-orang Yaman. Kemudian keseluruhan orang Arab. Kemudian golongan bukan Arab. Golongan yang paling awal mendapat syafaatku, merekalah yang golongan terbaik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786, hadis nombor 8990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنها – مرفوعاً: «أول من أشفع له من أمتي أهل بيتي، ثم الأقرب فالأقرب، ثم الأنصار، ثم من آمن بي واتبعني، ثم اليمن، ثم سائر العرب، ثم الأعاجم، ومن أشفع له أولاً أفضل». [طب، هذ المخلص في الفوائدة، الخطب في الموضح»، «الضعيفة» (732)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda: “Golongan yang paling awal mendapat syafaatku dari kalangan umatku ialah ahli bait. Kemudian yang paling dekat dan yang paling dekat. Kemudian golongan Ansar. Kemudian sesiapa yang beriman dan mengikuti aku. Kemudian orang-orang Yaman. Kemudian keseluruhan orang Arab. Kemudian golongan bukan Arab. Golongan yang paling awal mendapat syafaatku, merekalah yang golongan terbaik.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Mukhlis dalam al-Fawaid dan al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 732]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs