Golongan yang memakai serban di atas songkok terkeluar daripada fitrah

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال أمتي على الفطرة ما لبسوا العمائم على القلانس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku akan sentiasa berada di dalam fitrah selama mana mereka tidak memakai serban di atas songkok.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1640, hadis nombor 8296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ركانة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا تزالُ أُمتي على الفِطْرَةِ ما لَبِسوا العمائمَ على القَلانِس)). [فر، ((الضعيفة)) (6005)]

(Palsu)
Daripada Rukanah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Umatku akan sentiasa berada di dalam fitrah selama mana mereka tidak memakai serban di atas songkok.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus . Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6072].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs