Golongan yang gemar menyalahkan para fuqaha apabila ditimpa masalah

TEKS BAHASA ARAB

سيكون أقوام من أمتي يتغلطون فقهاءهم بعضل المسائل، أولئك شرار أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan ada beberapa golongan dalam kalangan umatku yang akan menyalahkan para fuqaha mereka dalam sebahagian masalah. Mereka itulah sejahat-jahat umatku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1267, hadis nombor 6480. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ثوبان رضي الله عنه مرفوعا: سيكون أقوام من أمتي يتغلطون فقهاءهم بعضل المسائل، أولئك شرار أمتي.
[طب، ابن بطة، الآجري، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، ((الضعيفة)) (3717)]

(Sangat Lemah)
Daripada Thawban RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan ada beberapa golongan dalam kalangan umatku yang akan menyalahkan para fuqaha mereka dalam sebahagian masalah. Mereka itulah sejahat-jahat umatku.
[Riwayat oleh al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Ibn Battah, al-Ajuri, al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3717]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.