Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ يدخِلُ بلُقْمَةِ الخبزِ وقبضَةِ التمرِ ومثلِه مِمَّا ينفعُ المسكينَ ثلاثةً الجنةَ: صاحبُ البيتِ الآمرِ بِهِ، والزوجةُ الْمُصْلِحَةُ، والخادمُ الذي يناوِلُهُ المسكينَ. وقال: الحمد لله الذي لم ينس خدمنا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah akan memasukkan ke dalam syurga dengan (sebab bersedekah) sesuap roti dan segenggam kurma dan seumpamanya yang boleh memberikan manfaat kepada orang miskin, 3 golongan berikut: Orang yang menyuruhnya (yakni pemilik rumah), seorang isteri yang menyediakannya (kerana memasakkan makanan tersebut), serta khadam yang membantu (membawakannya kepada) orang miskin itu.” Baginda bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kami.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 876, hadis no. 4486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله يدخل بلقمة الخبز وقبضة التمر ومثله مما ينفع المسكين ثلاثة الجنة: الآمر به، والزوجة المصلحة، والخادم الذي يناول المسكين)). وقال: ((الحمد لله الذي لم ينس خدمنا)). [ك، ((الضعيفة)) (3132)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah akan memasukkan ke dalam syurga dengan (sebab bersedekah) sesuap roti dan segenggam kurma dan seumpamanya yang boleh memberikan manfaat kepada orang miskin, 3 golongan berikut: Orang yang menyuruhnya (yakni pemilik rumah), seorang isteri yang menyediakannya (kerana memasakkan makanan tersebut), serta khadam yang membantu (membawakannya kepada) orang miskin itu.” Baginda bersabda: “Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan khadam kami.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3132].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman