Golongan yang dicemburui oleh para nabi dan para syuhada' kerana kedudukannya pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني لأعرف ناسا ما هم أنبياء ولا شهداء؛ يغبطهم الأنبياء والشهداء بمنزلتهم يوم القيامة: الذين يحبون الله ويحببونه إلى خلقه يأمرونهم بطاعة الله، فإذا أطاعوا الله؛ أحبهم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mengenali sekumpulan manusia yang mereka bukanlah para nabi dan bukan juga para syuhada’; namun mereka dicemburui oleh para nabi dan para syuhada’ kerana kedudukan mereka pada hari kiamat: Mereka adalah orang yang mencintai Allah dan diletakkan rasa cinta kepada makhluk-Nya, mereka menyuruh manusia melakukan ketaatan kepada Allah, apabila mereka melakukan ketaatan, Allah mencintai mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1378, hadis nombor 7013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إني لأعرف ناسا ما هم أنبياء ولا شهداء يغبطهم الأنبياء والشهداء بمنزلتهم يوم القيامة: الذين يحبون الله ويحببونه إلى خلقه يأمرونهم بطاعة الله فإذا أطاعوا الله؛ أحبهم الله.
[البزار، ((الضعيفة)) (6405)]

(Palsu)
Daripada Abi Sa’id RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya aku mengenali sekumpulan manusia yang mereka bukanlah para nabi dan bukan juga para syuhada’; namun mereka dicemburui oleh para nabi dan para syuhada’ kerana kedudukan mereka pada hari kiamat: Mereka adalah orang yang mencintai Allah dan diletakkan rasa cinta kepada makhluk-Nya, mereka menyuruh manusia melakukan ketaatan kepada Allah, apabila mereka melakukan ketaatan, Allah mencintai mereka.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6405]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.